For this entry, allow me to use Malay language. 🙂
Pada 4 mei 2019 yang lalu, Kor SISPA UKM telah mengadakan Makan Malam Rejimental Kor SISPA 2019 untuk meraikan pegawai kadet SISPA Kompeni 7 yang bakal menamatkan kursus mereka dan juga terdapat beberapa VIP yang dijemput pada malam tersebut. Senang cerita, Makan Malam Rejimental ini adalah makan malam beristiadat dan berprotokol . Ada tatasusilanya dan peraturannya yang perlu diikuti sepanjang majlis makan malam berlangsung.

Pegawai kadet Kompeni 8 telah menjadi pramusaji pada malam tersebut untuk menghidangkan makanan kepada mereka dan VIP yang hadir. Pada mulanya, kami sangat gementar kerana hanya menjalankan raptai sekali sahaja dan perlu menerima arahan daripada pihak hotel yang mengajar kami cara menghidangkan makanan serta mengenalpasti jenis-jenis sudu dan garfu yang digunakan untuk setiap hidangan yang berbeza.


Walaupun kami hanya menjadi pramusaji pada malam tersebut, kami tetap berasa seronok kerana menerima pengalaman baru dan tidak sabar untuk berpakaian korporat seperti mereka yang diraikan pada malam tersebut.

itu saja daripada saya untuk entri kali ini,
jumpa lagi di entri seterusnya,
lots of love,
Dhiya.