Pada 2 mei 2019 yang lalu, PSSGM UKMKL iaitu gelanggang Khalid Al-Walid telah mengadakan majlis kenaikan bengkung untuk ahli gayung yang telah melepasi ujian yang diadakan pada November 2018 . Seramai 26 orang telah menerima bengkung pada hari tersebut. Saya telah melepasi ujian bengkung putih dan telah menerima bengkung putih sebagai tanda telah naik bengkung.

Semoga saya dan rakan-rakan yang mampu untuk mempraktikkan apa yang telah kami pelajari dan boleh memberi manfaat kepada orang lain pula. Doakan saya dan ahli gayung yang lain berjaya melepasi ujian bengkung untuk naik bengkung hijau pula π

“seGAYONG, sekendi, seperigi, seperminum, sejalan, sejadi, sedarah, sedaging, sepadu.”
Semoga PSSGM UKMKL terus sukses dalam apa jua yang dilakukan dan mampu mengekalkan warisan melayu bak kata pepatah “tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas” π
sekian daripada saya,
see you in the next entry,
lots of love,
Dhiya.