Pada 3 Mac 2019, Kor SISPA UKM telah mengadakan kelas renang untuk melatih kadet kadet supaya berani untuk misi menyelamat di air.

Kami telah diajarkan beberapa teknik renang seperti cara mengapungkan diri dan menahan nafas di dalam air. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diketuai oleh seorang jurulatih APM yang sangat mahir menyelamat di air.
Sebelum kami bergerak ke kolam renang,kami telah diberikan sedikit taklimat mengenai alatan alatan yang digunakan semasa menyelamat di air seperti pelampung dan cara untuk menggunakannya.
Kelas renang bermula daripada pukul 11.00 pagi sehingga 4.00 petang dimana kami berhenti untuk berehat dan menunaikan solat pada pukul 1.00 tengahari sehingga 2.00 petang. Walaupun muka kami pedih dan terbakar ,tetapi kami berasa seronok dan dapat megetahui cara berenang dengan banyak sekali dalam masa sehari.

Sekian sahaja untuk entri kali ini,
Jangan berhenti mencari pengalaman kerana ia tidak akan pernah merugikan kita,
Lots of love,
Dhiya.










